A. Terma dan Syarat Pertandingan Inovasi
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua penyelidik untuk mengambil bahagian dalam iCompEx'17 sebagai peserta.
  2. Jumlah maksimum peserta setiap ahli kumpulan ialah TUJUH (7) orang.
  3. Nama yang tertera didalam sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran online.
  4. Tarikh tutup pendaftraan adalah 6 Februari 2017 sebelum jam 5.00 petang.
5. Sesuatu rekacipta / inovasi mesti baharu. Bagi rekacipta / inovasi yang telah di pertandingkan dan memenangi apa-apa award terdahulu mesti melakukan pengubahsuaian yang ke atas rekacipta / inovasi tersebut.
6. Sesuatu rekacipta / inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk pro-siri atau sampel komersial, artikel yang telah dikeluarkan, prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan teks.
7. Penyelidik boleh mendaftar hanya SATU(1) kategori pertandingan sahaja untuk satu rekacipta/inovasi.
8. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Lima Puluh Sahaja) bagi Politeknik/Kolej Komuniti/Sekolah dan RM350 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja) bagi IPTA/IPTS/IKBN/ILP/Giat Mara/Kolej Vokasional/Agensi Kerajaan Awam/Swasta dan lain-lain. Yuran tidak dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan.
9. Selepas pendaftaran diluluskan penyelidik tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan nama ahli kumpulan, tajuk dan kategori pertandingan.
10. Penyelidik perlu memastikan rekacipta/inovasi berada di tempat pameran sebelum 8.30 pg pada 22 Mac 2017 dan memastikan peserta rekacipta / inovasi mengadakan pameran sepanjang temph pameran. Mana-mana pencipta/ inovator tidak berbuat demikian sebelum Majlis Penutupan akan menyebabkannya bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi dan akan kehilangan apa-apa anugerah yang diberikan kepadanya.
11. Perkhidmatan keselamatan akan beroperasi selama tempoh pameran. Namun, sekretariat tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kecurian, kerosakan yang disebabkan oleh kebakaran atau sebab lain sepanjang tempoh pameran atau sepanjang perjalanan.
12. Keputusan para panel adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan dilayan.
13. Setiap penyertaan akan diberikan SATU(1) Sijil Penyertaan dan SATU(1) Sijil Pingat serta Pingat (Jika berkenaan). Penambahan sijil akan dikenakan bayaran RM15/Keping dan RM40/Pingat.
14. Booth Saiz : 4'x 4' ( termasuk kerusi dan meja )
B. Aspek Penilaian Pertandingan Projek Inovasi
Aspek penilaian markah iCompEx'17 adalah seperti dibawah :
1) Kajian /tinjauan awalan – 10 markah
2) Demontrasi - 30 markah
3) Kualiti Projek - 60 markah