• iCompEx'18


    Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) adalah pertandingan dan pameran projek inovasi atau penemuan baru. Kemaslahatan pertandingan ini menjadi landasan kepada peserta untuk mengenengahkan hasil penyelidikan kepada orang ramai. Ia juga menggalakkan penyelidik sebagai usaha berterusan menghasikan inovasi atau penciptaan baru. iCompEx dibuka penyertaan kepada penyelidik Seluruh Malaysia yang terdiri dari Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Kolej Vokasional, Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian(ILP), Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN), Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS), Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, Sekolah, Individu dan lain-lain. iCompEx merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah sejak tahun 2013. Penganjuran iCompEx mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Kerajaan Negeri Kedah. Penganjuran iCompEx pada tahun 2015 telah berjaya menarik penyertaan terbanyak dan diikitiraf oleh“The Malaysia Book of Records for Organising the Largest Participation in a Innovation and Invention Competition”. iCompEx’18 yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Mac 2018 merupakan kali ke-6 penganjurannya. iCompEx’18 akan diadakan 3 kategori iaitu Pertandingan Projek Inovasi (PI), Pembentangan Kertas Penyelidikan Akademik (PK) dan Pembentangan Kertas Inovasi (PP) yang akan dibahagikan kepada beberapa Kelas.